Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Thursday 7 March 2013

Highlight NOTES (Keselamatan & Kesihatan)

Bilik Air - Air setinggi 2.5 cm (1 inci) boleh melemaskan bayi.

Ruang Lantai - 3.5 meter persegi (taska)

Alat Permainan - Tidak melebihi 2.4 m (8 kaki) ketinggian papan gelungsur & rangka memanjat
                      - Bertali melebihi 30 cm

Makanan - Saiz makanan tidak boleh melebihi dari suku inci (0.6 cm)

Minuman - Sekurang-kurangnya 6 gelas (1 liter) untuk kanak-kanak


Wednesday 6 March 2013

Short Notes (5 SISTEM BAHASA)

FONOLOGI - mengkaji bunyi
MORFOLOGI - mengkaji binaan perkataan
SINTAKSIS - mengkaji binaan ayat
SEMANTIK - mengkaji makna2 sebenar
PRAGMATIK - mengkaji makna lebih luas

FMSSP (Farid Masak Sayur Sotong Pahit ) ~~"

2 Bidang Tatabahasa :
MORFOLOGI & SINTAKSIS.

MORFOLOGI - kajian perkataan
SINTAKSIS - kajian ayat 

3 konsep Morfologi : SBG ( Saya Bukan Gay ) atau SEBAGAI

- Struktur perkataan
- Bentuk perkataan
- Golongan perkataan 



Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak ^^


Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak.  Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di bawah.
Petunjuk perkembangan   bahasa  kanak-kanak
Umur
Petunjuk perkembangan
1 tahun
  • Mengenal nama
  • Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan  kepada“mama” dan “papa”
  • Faham arahan mudah
1-2 tahun
  • Faham perkataan “tidak”/ “no”
  • Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama
  • Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”
  • Meniru  bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu
  • Melambai-lambai selamat jalan
2-3 tahun
  • Mengenal anggota badan
  • Guna dua perkataan dalam frasa negatif -  “tak mau”, “no want”
  • Memahami konsep masa yang mudah -  “esok”, “ semalam”
  • Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul
  • atau menangis
  • Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”
3-4 tahun
  • Sudah boleh bercerita
  • Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan
  • Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”
  • Mula menurut arahan/perminatan –“Letak kasut di luar”
4-5 tahun
  • Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan
  • Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat
  • Boleh bercakap angan-angan -  “saya harap ….”
  • Banyak menyoal, termasuk “Mengapa…..?”
5-6 tahun
  • Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan
  • Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”
  • Tahu alamat sendiri
  • Tahu perkataan antonim  mudah seperti  “kecil – besar”
  • Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan
  • Menggunakan berbagai jenis ayat

Berikut adalah perkembangan bahasa kanak-kanak menurut Saayah Abu dalam bukunya Menjadi Guru Tadika (2007)
Umur
Kebolehan
Aktiviti
Awal kelahiran
Menangis bagi menyatakan sesuatu dan bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain
1 tahun
         Meniru bunyi. Kanak-kanak mula menggunakan bahasa bagi berkomunikasi antara umur 9 hingga 18 bulan.
         Bertindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa didengari.
Bertutur dengan kanak-kanak iaitu memandang kea rah mata mereka. (eye contact)
2 tahun
         Mencantum beberapa perkataan mudah bagi menjadi ayat pendek.
         Dapat menyebut dan mengenal perkataan yang mudah daripada objek ataupun gambar.
         Menguasai hamper 30 perbendaharaan kata.
Berbual dan bertutur dengan kanak-kanak.
3 tahun
         Menggunakan perkataan bagi mendapatkan sesuatu menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam percakapan.
         Mengenalpasti perlakuan ataupun pergerakan di dalam gambar.
Berbual bersama kanak-kanak
4 tahun
         Gemar bercakap dan dapat berbual dengan ayat yang lebih panjang.
         Dapat membaca pantun, irama dan bercerita menggunakan perkataan bagi menyebut warna, huruf dan bentuk.
         Suka menyebut perkataan baru dan suka menyanyi.
Berbual dengan kanak-kanak.
5 tahun
         Mula bertanya berbagai-bagai soalan.
         Dapat menjelaskan maksud perkataan ataupun ayat.
         Dapat membina ayat yang lebih panjang.
         Bercakap seperti orang dewasa.
         Suka kepada perkataan baru.

Perbualan antara guru dengan kanak-kanak dan antara kanak-kanak sesame mereka.
6 tahun ke atas
  • Menghadapi masalah dalam mengelaskan sesuatu hal ataupun keperluan.
  • Berbual dengan ayat yang lebih panjang.
  • Bercerita berkenaan pengalaman seharian.
  • Suka kepada perkataan yang pelik
Perbualan pagi dan mengadakan aktiviti-aktiviti interaksi.

Berikut adalah tahap penguasaan bahasa yang  diubahsuai daripada D.C.Norton (1985). The Effective Teaching of Language Arts:
Umur
Ciri-ciri penguasaan bahasa
3 bulan
Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.
12 bulan (1 tahun)
Menggunakan kata tunggal seperti ‘mama’ dan ‘baba’. Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.
18 bulan (11/2 tahun)
Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)
24 bulan – 36 bulan
Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep ‘banyak dan sedikit’ dalam ayat.
48 bulan – 60 bulan
Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.
5 tahun-6 tahun
Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.
6 tahun – 7 tahun
Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.
8 tahun- 10 tahun
Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.
10 tahun-12 tahun
Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan

5 Sistem Bahasa :)


FONOLOGI : Peraturan berkaitan sistem bunyi bahasa
SEMANTIK : Aspek berkaitan maksud perkataan dan kombinasi  perkataan
SINTAKSI   : Peraturan berkaitan penyusunan perkataan supaya menjadi perkataan yang membawa maksud tertentu
MORFOLOGI : Berkaitan dengan tambahan “prefixes” dan “suffixes” kepada perkataan supaya makna ditukar
PRAGMATIK :Berkaitan penggunaan bahasa dalam konteks sosial untuk tujuan yang tertentu. Bahasa adalah alat komunikasi yang maha penting. Di mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.

            Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya memanggilnya.
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.

            Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna. Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa , perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
 Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

            Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:
·         Penglihatan yang baik, kecerdasan yang normal, mempunyai sahsiah yang matang, aktif dan cergas, faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata, berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita, memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja, dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
     
            Penguasaan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah

Dalam Bahasa melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, semantk dan pragmatik.

Fonologi
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Semua kanak-kanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara. Tetapi ia akan beransur maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran.  Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak mengikut peringkat adalah seperti berikut:
Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan baru melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan perkataan lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
Perkembangan bahasa
Baru lahir – 2 bulan
*      Menangis dan senyum
*      Lebih suka kepada suara manusia
2 – 4 bulan
*      Mendekut( bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo”
6 – 9 bulan
*      Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata sepert “ma-ma-ma” atau “ba-ba-ba”
*      Mula menunjukkan gerak tangan
9 – 12 bulan
*      Mencantukan suku kata dan menghasilkan perkataan pertama
1-    1 ½ tahun
Menyebut perkataan ( mengenal nama benda atau orang)
1 ½ - 2 tahun
Menyebut gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang penting sahaja).  Seperti “ti-kar” untuk “mak, saya nak roti bakar”
2 – 4 tahun
*      Menyebut gabungan 3 perkataan
*      Menggunakan strategi sebutan untuk perktaan rumit (seperti “didi” untuk “tv” atau “alan” untuk “jalan”)
4 – 6 tahun
*      Menghasilkan gabungan 4-5 perkataan
*      Sebutan bertambah baik.
*      Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun mudah.

Morfologi
Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari perkataan baru apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu. Mereka akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini, mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah perkataan. Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami konsep majmuk dan perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak adalah seperti:

Umur
Perkembangan morfologi
1-2 tahun
  Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataaan seperti “roti sedap”untuk sedapnya roti ini”
2-3 tahun
  Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti:”Adik nak makan”
  Berupaya menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tenpat dalam membentuk ayat.
4-6 tahun
  Menghasil ayat gabungan 3-6 perkataan seperti: Roti coklat itu makanan kegemaran adik”.
  menggunakan 
         kata sambung (kerana, sambil)
         ayat berlapis(topi saya cantik
         ayat pasif (roti dimakan oleh emak.
         Dapat menghasilkan cerita pendek.


Sintaksis
Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang ayat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dan kurang  ataupun tiada langsung kata kerja.  Selepas lima tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa orang dewasa. Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat pasif atau yang lebih kompleks serta dapat  mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan struktur luar.
Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah dengan mudah dengan tepat seperti:
“Ambilkan buku mak.”
“Mana roti adik.?”
Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti:
·         Ayat penyata: “Saya minum.”, “Kunci kakak.”, “Nenek balik.”
·         Ayat negatif: “Ibu belum masak.”
·         Ayat perintah: “Jangan tutup radio.”

Semantik
Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini bermaksud kanak-kanak berkebolehan memahami percakapan yang didengari. Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Pada peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendahaan kata dengan agak cepat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan. Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, ,mereka Dalam peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep abstrak. Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa. Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.
Peringkat sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:
*      Apabila dia sedang lapar. Dia akan kata ‘mamam’.
*      Apabila dia tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata ‘mamam’ bermaksud dia nak makan roti itu.
*      Apabila dia melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelebgkan kepala bermaksud makanan sudah abis.

Peringkat Praoperasi
Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanakmula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Namun mereka masih dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan abstrak.

Peringkat operasi konkrit
Peringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga 11 tahun di mana kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan makna. Namun pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia ada dan pengalaman terus. Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah, ruang tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.

Perkembangan semantikkanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
Kebolehan semantik
6-12 tahun
Dapat memahami perkataan serta menunjukkan onjek yang dinamakan.
1-1 ½ tahun
-    Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.
-    Perbendaharaan kata terdiri daripada nama orang (mama, abah) dan benda maujud (kasut, roti, buku)
2-3 tahun
-    Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek
-    Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih.
-    Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 kata)
-    Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya.
4-6 tahun
-    Berlaku percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah)
-    Memahami lawak jenaka dan metafora
-    Memahami cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku.
-    Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi.

Pragmatik
Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut konteks sosial yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada perkara yang penting untuk dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan seperti menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harus mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat(tempat mereka membesar).

Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut:
Unsur
Kebolehan
1 -2 tahun
o   Mula mengambil giliran dalam perbualan
o   Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti ‘bye bye’
3 – 4 tahun
o   Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas.
o   Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian.
o   Dapat menggunakan daftar bahasa , seperti “selamat pagi”.
5 – 6 tahun
o   Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
o   Dapat menggunakan daftar bahasa dapat menggunakan daftar kata seperti “ apa khabar”, dan “selamat pagi”
o   Mula memberi komen dan tindak balas.
o   Dapat menyanya balik apabila disoalkan.