Step by Step nak berkahwin dengan Foreigner di Malaysia bagi warganegara Muslim Malaysia

Kalini kita tak nak bebel panjang, nak tolong korang yang perlukan guide ni, juga akan saya lampirkan google link yang diberikan oleh JAWI untuk ajar cara isi borang untuk berkahwin. Sebelum tu, hanya mereka yang berada di negeri tertentu sahaja yang boleh menggunakan pengisian online dari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) iaitu mereka yang berada di negeri:


1. Kuala Lumpur
2. Putrajaya
3. Labuan
4. Selangor
5. N. Sembilan
6. Melaka
7. Johor
8. Perak
9. Kedah
10. Perlis
11. Terengganu

Kalau korang berada di salah satu negeri di atas, korang boleh mula mengisi borang atas talian di SPPIM: https://www.sppim.gov.my/v2/home

Mula-mula kena isi part Praperkahwinan, kiranya kena book tarikh untuk kursus nikah, buat pembayaran. Book tarikh untuk HIV test di mySejahtera. Tapi kalau nak terus isi maklumat diri dan pasangan di bahagian Kebenaran Berkahwin pun tiada masalah. Siapa yang kena isi? Warganegara Malaysia yg muslim tak kisah nak kawin luar negara atau dalam negara wajib isi dan dapatkan kebenaran berkahwin dari pejabat agama masing-masing, kalau tak nanti balik sini kena denda.


Senang cerita, dari pengisian Kebenaran Berkahwin tu nanti akan ada bahagian borang-borang yang perlu untuk pengantin perempuan & pengantian lelaki hantar di pejabat agama negeri masing-masing. Jadi disarankan isi dan tengok apa borang/surat yang perlu disegerakan bagi. Contoh saya tunjuk di bawah bagi situasi pengantin perempuan Warganegara Muslim dan situasi lelaki bukan Warganegara Muslim.

Untuk pendaftaran perkahwinan ni, kena selesaikan bahagian pengantin lelaki dahulu, lepas dapat kelulusan, lengkap semua baru boleh hantar borang pengantin perempuan. Untuk kes ni, saya berkahwin di negeri terengganu, dan lelaki menetap di Kuala Lumpur. Boleh rujuk senarai semak di bawah untuk rujukan hampa semua na.





Pastikan korang teliti dulu apa yang perlukan pengesahan, contoh lepas pihak lelaki dapat surat kebenaran berkahwin dan single status dari embassy, perlu ke Putrajaya untuk dapatkan cop pengesahan dari Kementerian Luar Negeri. Sekian, kalau ada sebarang soalan, boleh je tanya dan untuk google link dari JAWI, boleh refer di bawah:

PANDUAN MENGISI BORANG SPPIM:

Comments

Popular Posts