5 Sistem Bahasa :)
FONOLOGI : Peraturan berkaitan sistem bunyi bahasa
SEMANTIK : Aspek berkaitan maksud perkataan dan kombinasi perkataan
SINTAKSI :
Peraturan berkaitan penyusunan perkataan supaya menjadi perkataan yang membawa
maksud tertentu
MORFOLOGI : Berkaitan dengan tambahan “prefixes” dan
“suffixes” kepada perkataan supaya makna ditukar
PRAGMATIK :Berkaitan penggunaan bahasa dalam konteks
sosial untuk tujuan yang tertentu. Bahasa adalah alat komunikasi yang maha
penting. Di mana sahaja, bahasa merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan
perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat.
Perkembangan
Bahasa Kanak-kanak
Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi.
Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun,
isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin basah, tidak selesa,
tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan
bahasa kanak-kanak mengikut umurnya.
Umur 0 hingga 2 tahun
Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan
orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-mata meluahkan perasaan dan
kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut
bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya
menangis juga berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.
Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah
bulan, ia mengelurakan satu bunyi ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k
dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai
contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya
memanggilnya.
Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula
menyebut perkataan yang bunyinya mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba,
dan dada. Perkembangan pada perigkat ini merupakan peringhkat asas untuk
bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong mempercepatkan
proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi mengawal
mekanisme percakapan yang lebih rumit.
Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini
kanak-kanak sudah dapat menuturkan perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi
peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu. Tetapi pada masa ini juga
mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan perhatian
kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat
berjalan, mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya.
Namun hanya sedikit perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka
sudah boleh menggunakan perkataan ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada
waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang mudah.
Umur 2 hingga 3 tahun
Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan
penggunaan perkataan yang kurang difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan
tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia akan bercerita tentang
apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar
bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar
menggunakan ayat yang betul dan baik.
Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa
kanak-kanak akan memainkan peranan lebih besar kerana aspek ini berhubung
dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap kanak-kanak.
Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna. Apabila umur
kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa ,
perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga
kanak-kanak mulai belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
Pengaruh
sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini
mungkin ibu bapanya yang menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan
masyarakat luas.
Umur 4 hingga 5 tahun
Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza
dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu
menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap,
suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan
pandai memberi komen pada seseorang. Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih
berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi
kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan
anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di
luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula
belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada
kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat
kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:
·
Penglihatan yang baik, kecerdasan yang
normal, mempunyai sahsiah yang matang, aktif dan cergas, faham dan
pandai menggunakan perbendaharaan kata, berminat dan berkebolehan untuk belajar
dan mendengar cerita, memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja, dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
Penguasaan bahasa pertama dalam
kalangan kanak-kanak Prasekolah
Dalam Bahasa
melayu terdapat lima sistem bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi,
sintaksis, semantk dan pragmatik.
Fonologi
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan
ayat. Semua kanak-kanak secara umumnya mempunyai corak perkembangan fonologi
tidak kira bahasa apa yang dituturkan. Kanak-kanak juga menghasilkan bunyi
secara rambang. Ini berlaku pada peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh
fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang ketara. Tetapi ia akan beransur
maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran. Antara bunyi yang dihasilkan oleh kanak-kanak
mengikut peringkat adalah seperti berikut:
Semasa kanak-kanak membesar, mereka mempelajari perkataan
baru melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru
dengan perkataan lama yang sudah diketahui. Perkembangan fonologi kanak-kanak
adalah seperti berikut:
Umur
|
Perkembangan
bahasa
|
Baru lahir –
2 bulan
|
Menangis dan
senyum
Lebih suka
kepada suara manusia
|
2 – 4 bulan
|
Mendekut(
bermain dengan bunyi vokal seperti “aa-aa-aa-aa” ataupun “oo-oo-oo-oo”
|
6 – 9 bulan
|
Mencantum
bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk menghasilkan suku kata sepert
“ma-ma-ma” atau “ba-ba-ba”
Mula
menunjukkan gerak tangan
|
9 – 12 bulan
|
Mencantukan
suku kata dan menghasilkan perkataan pertama
|
1- 1 ½ tahun
|
Menyebut
perkataan ( mengenal nama benda atau orang)
|
1 ½ - 2 tahun
|
Menyebut
gabungan 2 perkataan ayat mudah melalui bahasa telegrafi(perkataan yang
penting sahaja). Seperti “ti-kar”
untuk “mak, saya nak roti bakar”
|
2 – 4 tahun
|
Menyebut
gabungan 3 perkataan
Menggunakan
strategi sebutan untuk perktaan rumit (seperti “didi” untuk “tv” atau “alan”
untuk “jalan”)
|
4 – 6 tahun
|
Menghasilkan
gabungan 4-5 perkataan
Sebutan
bertambah baik.
Mengulang dan
dapat mengubahsuai seni kata lagu ataupun pantun mudah.
|
Morfologi
Pada peringkat morfologi, kanak-kanak akan mempelajari
perkataan baru apabila memahami bahawa gabungan bunyi membawa makna tertentu.
Mereka akan mempelajari perkataan baru pada umur 18 bulan. Pada umur ini,
mereka sudah dapat menguasai 20 hingga 50 perkataan dan apabila mencapai
peringkat 4 tahun akan menambah perkataan sebanyak lebih 2000 patah perkataan.
Ada juga kanak-kanak pada waktu ini telah dapat memahami konsep majmuk dan
perkara lepas. Perkembangan morfologi kanak-kanak adalah seperti:
Umur
|
Perkembangan morfologi
|
1-2 tahun
|
Menyebut ayat
mudah melalui gabungan 2 perkataaan seperti “roti sedap”untuk sedapnya roti ini”
|
2-3 tahun
|
Membentuk
ayat gabungan 3 perkataan seperti:”Adik nak makan”
Berupaya
menggunakan sifat nama, kata bilangan dan kata tenpat dalam membentuk ayat.
|
4-6 tahun
|
Menghasil
ayat gabungan 3-6 perkataan seperti: Roti coklat itu makanan kegemaran adik”.
menggunakan
kata sambung (kerana, sambil)
ayat berlapis(topi saya cantik
ayat pasif (roti dimakan oleh emak.
Dapat menghasilkan cerita pendek.
|
Sintaksis
Sintaksis adalah bidang kajian yang mengkaji tentang
ayat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri
daripada satu perkataan semasa umur satu tahun dan maju kepada ujaran dua
perkataan semasa berumur dua tahun. Setiap ujaran merujuk kepada beberapa makna
mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya.
Ayat-ayatnya padat dan ringkas bayak menggunakan kata kerja dan kurang ataupun tiada langsung kata kerja. Selepas lima tahun, barulah kanak-kanak
menyamai bahasa orang dewasa. Selepas umur lima tahun, kanak-kanak berupaya
menghasilkan ayat pasif atau yang lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya
dengan struktur luar.
Kanak-kanak umur satu setengah tahun dapat melakukan arah
dengan mudah dengan tepat seperti:
“Ambilkan buku mak.”
“Mana roti adik.?”
Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat
menggunakan perkataan dengan intonasi yang berbeza. Pada umur 18 bulan, ayat
dengan dua perkataan mula digunakan seperti:
·
Ayat penyata: “Saya minum.”, “Kunci
kakak.”, “Nenek balik.”
·
Ayat negatif: “Ibu belum masak.”
·
Ayat perintah: “Jangan tutup radio.”
Semantik
Semantik adalah kajian yang berkaitan dengan makna. Ini
bermaksud kanak-kanak berkebolehan memahami percakapan yang didengari.
Kanak-kanak menyerap bunyi bahasa ketika masih dalam kandungan sehinggalah 10
bulan selepas kelahiran. Pada peringkat kanak-kanak mula menguasai beberapa
patah perkataan dan kemudian memperluaskan perbendahaan kata dengan agak cepat.
Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan.
Tetapi hasil interaksi dengan alam sekitar dalam pelbagai konsep, mererka telah
dapat memperkayakan perkataan dan maknanya. Pada usia 2 tahun, ,mereka Dalam
peringkat ini juga, mereka mempelajari daripada konsep konkrit kepada konsep
abstrak. Dan seterusnya dapat menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa.
Secara umumnya, kanak-kanak pada masa ini banyak melakukan kesilapan dalam
berbahasa. Orang dewasa harus memberi bimbingan untuk memperbaiki bahasa
mereka. Mengikut Piaget, perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan
intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit.
Peringkat
sensori motor
Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan
seperti:
Apabila dia
sedang lapar. Dia akan kata ‘mamam’.
Apabila dia
tunjuk roti yang dijual di kedai dan berkata ‘mamam’ bermaksud dia nak makan
roti itu.
Apabila dia
melihat tiada makanan dalam bekas makanan dan menggelebgkan kepala bermaksud
makanan sudah abis.
Peringkat Praoperasi
Pada peringkat umur dua hingga tujuh tahun,
kanak-kanakmula memahami ada perkataan yang mempunyai lebih daripada satu
makna. Namun mereka masih dalam peringkat konkrit dan tidak memahami perkataan
abstrak.
Peringkat
operasi konkrit
Peringkat operasi konkrit berlaku pada umur tujuh hingga
11 tahun di mana kebolehan kanak-kanak berkembang bagi mengecam dan membezakan
makna. Namun pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada proses sedia
ada dan pengalaman terus. Sebagai contoh, mereka memahami fungsi rumah, ruang
tempat tidur, tempat makan dan sebagainya.
Perkembangan semantikkanak-kanak adalah seperti berikut:
Umur
|
Kebolehan semantik
|
6-12 tahun
|
Dapat memahami perkataan serta menunjukkan onjek yang
dinamakan.
|
1-1 ½ tahun
|
- Perbendaharaan
kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun.
- Perbendaharaan
kata terdiri daripada nama orang (mama, abah) dan benda maujud (kasut, roti,
buku)
|
2-3 tahun
|
- Perkembangan
perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek
- Dapat
memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan suka dan sedih.
- Lebih banyak
perbendaharaan kata (1000 kata)
- Dapat
menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya.
|
4-6 tahun
|
- Berlaku
percetusan perbenadaharaan bahasa (10000 perkataan sehingga mencecah hujung
prasekolah)
- Memahami
lawak jenaka dan metafora
- Memahami
cerita lisan ataupun yang dibaca di dalam buku.
- Memahami dan
menghafal seni kata lagu atau puisi.
|
Pragmatik
Pragmatik adalah penggunaan bahasa yang peka pada konteks
iaitu cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut
konteks sosial yang berbeza. Ini bermakna kanak-kanak perlu mempelajari bahasa
mengikut peraturan budaya setika berkomunikasi. Sebagai contoh, jangan
menyampuk secara tiba-tiba apabila orang dewasa bercakap. Ini adalah satu
perbuatan yang tidak bermoral dalam masyarakat Melayu. Apabila ada perkara yang
penting untuk dibertiahu, hendaklah ia bijak mencelah dan bersopan seperti
menggunakan maaf saya mencelah, memberi salam dan sebagainya. Mereka juga harus
mengetahui bahasa badan, isyarat dan tajuk yang diperbualkan jika ingin memberi
respon dalam satu perbualan. Namun begitu, perkembangan pragmatik bergantung
kepada budaya masyarakat(tempat mereka membesar).
Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik
berkembang seperti berikut:
Unsur
|
Kebolehan
|
1 -2 tahun
|
o Mula
mengambil giliran dalam perbualan
o Dapat
menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti ‘bye bye’
|
3 – 4 tahun
|
o Dapat
mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan kecil ketika bermain atau
aktiviti kelas.
o Berbual
dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian.
o Dapat
menggunakan daftar bahasa , seperti
“selamat pagi”.
|
5 – 6 tahun
|
o Dapat mengambil
bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
o Dapat
menggunakan daftar bahasa dapat
menggunakan daftar kata seperti “ apa khabar”, dan “selamat pagi”
o Mula memberi
komen dan tindak balas.
o Dapat
menyanya balik apabila disoalkan.
|
boleh saya dapatkan rujukan?
ReplyDelete