Petua Mengenai Beras ♥


beras OH beras


1. Membersihkan Beras - Jangan dibasuh beras lebih dari 3kali kerana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

2. Beras Tidak Berkutu - Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras. Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.

3. Menghilangkan Hapak Beras - Basuh dan masak beras seperti biasa di dalam periuk. Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.

4. Beras Tidak Bermutu - Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, gorengkan beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

p/s : nak elak nasi dari cepat basi,mskkan sidikit garam masa nk masak tu, insyaAllah lambat basi.

SUMBER : Resepi Masakan Malaysia ^^

Comments

Popular Posts