Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Tuesday 19 February 2013

KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TEMPAT AWAM


Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Kejadian kehilangan dan kemalangan kanak-kanak seperti yang dilaporkan baru-baru ini meningkatkan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan golongan berkenaan ketika di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat awam. Contohnya, kes adik Nurul Huda Abdul Ghani yang telah meninggal dunia dalam usia 10 tahun. Budak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang bertopengkan manusia. Begitu juga dengan kes adik Sharlinie dan adik Asmawi yang masih belum ditemui. Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Kes jenayah kanak-kanak telah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Untuk mengelakkan lebih banyak kanak-kanak menjadi mangsa kepada manusia yang tidak berkeperimanusiaan, pelbagai langkah yang efisien patut dilaksanakan untuk melindungi kanak-kanak supaya mereka dapat hidup dalam dunia yang aman, harmoni dan bahagia.

Pelbagai kelompok masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan pandangan masing-masing mengenai keselamatan kanak-kanak termasuk mencadangkan pendidikan mengenai keselamatan diri di sekolah seperti keselamatan jalan raya yang sudah diajar di sekolah rendah. Selain itu mendidik kanak-kanak mengatakan `tidak’ kepada orang yang tidak dikenali dan dirasakan berpotensi membahayakan mereka. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat tampil memberikan beberapa panduan mengenai keselamatan kepada kanak-kanak sama ada di rumah, sekolah, jalan raya dan tempat awam. Sesetengah panduan itu mungkin nampak ringan kepada segelintir orang, namun jika dipraktikkan ia dapat membantu mencegah kejadian tidak diingini. Naib Presiden Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki berkata, pendidikan keselamatan diri perlu diajar pada peringkat awal kanak-kanak seperti di taman asuhan dan didikan kanak-kanak serta prasekolah. Katanya, ibu bapa juga perlu mendapatkan ilmu bagaimana mendidik anak masing-masing bagi menjaga keselamatan diri. Beliau berkata, pada masa sama, modul pendidikan keselamatan diri perlu diperkenalkan di peringkat sekolah rendah selain dasar perlindungan kanak-kanak bagi memastikan hak dan keselamatan kanak-kanak terjamin di negara ini. “Dasar ini tidak membenarkan mereka yang ada rekod jenayah termasuk keganasan dan jenayah seksual tidak bekerja dalam sektor membabitkan kanak-kanak seperti pengasuh, guru dan pengawal keselamatan di sekolah atau taman asuhan kanak-kanak,” katanya.

Untuk menangani masalah ini daripada terus menjalar, ibu bapa perlu memainkan peranan yang signifikan untuk menyelamatkan cahaya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada mereka. Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah. Berikut merupakan perkara-perkasa asas yang perlu dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sebelum dibawa ke tempat awam. Pertama, ibu bapa perlu memaklumkan perancangan dengan tepat destinasi dan tujuan. Sebagai contoh; mula-mula ke pusat membeli belah Giant dengan tujuan utama untuk membeli pakaian seragam sekolah. Seterusnya, ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk memakaikan kanak-kanak dengan pakaian yang mudah dikenali sebagai contoh baju yang berwarna terang dengan tambahan topi berwarna terang. Kanak-kanak perempuan mungkin boleh dikenakan penutup kepala atau tudung yang berwarna terang agar mudah dikenali apabila berada di tempat awam. Kanak-kanak pada usia awal atau sebelum persekolahan kerap menghadapi masalah untuk mengingati nombor telefon ibu bapa atau alamat rumah mereka sendiri, sehubungan dengan itu, biasakan kanak-kanak ini membawa kad nama ibu bapa yang lengkap dengan nombor untuk dihubungi untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Bukan itu sahaja, ibu bapa mahupun penjaga perlu sentiasa mengingatkan kanak-kanak ini berjumpa terus dengan pihak berkuasa seperti pengawal keselamatan atau pihak polis jika terpisah dari keluarga atau tersesat. Sekiranya tidak berjumpa dengan mana-mana pihak berkuasa, cuba minta bantuan dari jurujual pusat membeli belah tersebut ataupun penjual di gerai jika di pasar malam. Kanak-kanak juga jangan ditakutkan dengan pihak berkuasa polis umpamanya. Kanak-kanak ini kena diberitahu bahawa polis akan menolong kita jika semasa kecemasan atau kemalangan. Jangan panik dan menunjukkan rasa ketakutan dan elakkan cuba meminta pertolongan dari orang yang tidak dikenali. Sementara itu, ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa membawa sekurang-kurangnya gambar terbaru kanak-kanak bersaiz pasport, mungkin boleh disimpan di dalam dompet ayah atau beg tangan ibu. Gambar sebegini akan memudahkan dan mempercepatkan pihak berkuasa dan orang awam di tempat kejadian untuk mengecam kanak-kanak tersebut. Tegasnya ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak kecil mereka.

Selain persekitaran rumah dan lokasi percutian, ibu bapa sering mengambil mudah keselamatan kanak-kanak di pusat beli-belah. Ini kerana banyak elemen penting dianggap remeh sehingga menjadi punca kanak-kanak hilang di khalayak awam, cedera akibat tersepit di tangga bergerak atau pintu lif serta terjatuh ketika berlari. Menurut Pengarah Pemasaran Sunway Pyramid, Phang Sau Lian, kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah masih belum matang dan mampu menilai mengenai pentingnya keselamatan di tempat awam. Mereka secara semula jadi tidak akan duduk diam dalam tempoh lama, sebaliknya berlari, memanjat, menjerit dan melompat tanpa sebarang tujuan. Sifat semula jadi kanak-kanak aktif bergerak. Dalam hal ini, ibu bapa atau penjaga seharusnya memberi perhatian ketika berada di lokasi tertentu atau tempat awam yang sering mendedahkan mereka kepada ancaman tanpa diduga.

“Kanak-kanak mempunyai keupayaan luar biasa terutama ketika bermain kerana mereka tidak mengambil kira sebarang ancaman membabitkan diri. Jadi ibu bapa perlu peka mengenai sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada kanak-kanak terutama di pusat beli-belah,” jelasnya. Antara panduan yang boleh diikuti bagi mengelak perkara tidak diingini sekiranya berkunjung ke pusat beli-belah adalah dengan memberi penekanan mengenai keselamatan ketika menaiki tangga bergerak. Sebaiknya anak-anak tidak bermain di kawasan tangga bergerak bagi mengelak terjatuh atau tersepit. “Sekiranya kanak-kanak boleh menjaga diri sendiri, penggunaan tangga bergerak mungkin sesuai dengan mereka tetapi tidak bagi si kecil yang masih berada di dalam kereta sorong. Ini kerana kereta sorong perlu digerakkan dan pada masa sama, bayi di dalamnya mungkin boleh terjatuh. Perkara begini sering dianggap tidak berbahaya, namun kami menyarankan ibu bapa menggunakan lif kerana lebih selamat dan mudah,” ujarnya yang meminta ibu bapa memegang tangan anak ketika menaiki tangga bergerak.

Dalam kesibukan ibu bapa membeli-belah, ada sesetengah yang tidak sedar anak-anak terlepas daripada pandangan mata. Bagi mengelak perkara buruk berlaku, penjaga boleh memakaikan anak dengan abah-abah atau gelang khas bagi mengesan si kecil sekiranya terlepas daripada pegangan. “Ketika di rumah ibu bapa boleh menyediakan gelang khas di tangan anak dengan menulis nombor telefon atau sebarang nombor lain yang boleh dihubungi. Apabila anak terlepas daripada pegangan dan jika ditemui orang awam, mereka boleh menghubungi nombor berkenaan. Selain itu, ajar mereka supaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali walaupun diberikan manisan atau permainan sebagai umpan,” katanya ketika ditemui pada program Bengkel Keselamatan Kanak-Kanak Kelab Leo di Sunway Pyramid, baru-baru ini.  Selain itu, ramai ibu bapa tidak tahu alat pemerhatian jarak jauh disyorkan bagi membantu mereka mengawasi anak sekiranya si kecil berjalan agak jauh atau terlindung daripada pandangan ibu bapa. Menurut Phang, Sunway Pyramid ada menyediakan alat berkenaan dan ibu bapa boleh membelinya daripada pihak pentadbiran. “Bayangkan ketika leka membeli-belah, kebanyakan ibu terlupa mengenai anak-anak mereka. Alat pemerhatian jarak jauh ini boleh mengesan sehingga jarak tertentu di kawasan pusat beli-belah dan jika anak hilang daripada pandangan, ibu bapa yang menggunakan alat ini akan menerima isyarat atau mereka juga boleh menghubungi pihak keselamatan pusat beli-belah. Alat itu akan mengeluarkan bunyi atau getaran sekiranya anak berada pada jarak tertentu,” jelasnya. Selain itu, bagi mengelak kemalangan ketika menggunakan lif, ibu bapa seharusnya memberi peringatan supaya anak-anak berkelakuan baik ketika masuk dan keluar dari lif. “Pastikan ketika pintu terbuka atau tertutup, si kecil tidak menghulurkan tangan atau kaki mereka. Sekiranya berlaku kebakaran pula, elak menggunakan lif,” katanya.

Selain itu, media massa perlu mendukung kewajipan untuk mencelikkan masyarakat kita supaya peka terhadap isu ini. Media massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat sekali terhadap masyarakat kita. Dalam situasi ini, pihak televisyen dan akhbar perlu menyiarkan rencana atau rancangan yang berkaitan supaya masyarakat kita, khasnya pengusaha tabika dan ibu bapa mengambil tindakan yang drastik untuk mengelakkan anak buah mereka daripada menjadi mangsa kepada manusia yang berjiwa binatang buas. Siaran daripada media massa dapat segera memancing perhatian dan kerjasama daripada masyarakat untuk menghulurkan bantuan bersama-sama demi menyelamatkan budak yang hilang atau kena culik. Dalam masa yang sama, media elektronik patut menyekat rancangan ganas yang dapat mempengaruhi orang ramai. Bahan lucah yang berkaitan dengan seksual kanak-kanak harus dilarang sama sekali sama ada dalam cakera padat digital cetak rompak ataupun dalam internet. Adegan keganasan ini mudah ditiru oleh bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga. Senarionya, unsur keganasan akan diterjemahkan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa. Natijahnya, media massa perlu memainkan peranan dengan menghalang dan menyekat mahupun menapis rancangan yang berunsur ganas dan berusaha menginsafkan masyarakat kita untuk menyelamatkan kanak-kanak kita daripada menjadi mangsa keganasan manusia yang bertopengkan binatang.

Sementelahan itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan alternatif yang ampuh untuk membanteras gejala tersebut. Hal ini demikian kerana hukuman yang ketat berupaya memperingatkan orang ramai supaya tidak menganiaya kanak-kanak di negara kita. Mereka yang mencabuli, memperkosa, menculik dan mendera kanak-kanak perlu dijatuhi hukuman yang berat, seperti hukuman penjara mandatori, hukuman sebat, hukuman gantung sampai hati. Hukuman yang maksimum sedemikian akan menyebabkan mereka yang menganiayai kanak-kanak berasa serik dan takut untuk melakukan kesalahan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak polis juga perlu membuat siasat dengan cepat dan segera. Sindiket perdagangan manusia harus dibendung dengan segera. Alangkah malangnya, terdapat kanak-kanak yang diculik ke negeri Thailand dan Indonesia telah dicacatkan untuk menjadi pengemis . Oleh itu, pihak penguatkuasa perlu melaksanakan tugas mereka dengan komitmen supaya nyawa anak yang bernilai itu tidak diragut oleh manusia yang tidak waras akal fikirannya. Natijahnya, anak merupakan kurniaan Tuhan yang akan membawa kebahagiaan dan hiburan kepada keluarga. Anak juga akan mewarnai masyarakat, nusa dan bangsa kita . Seisi masyarakat kita bertanggungjawab untuk melindungi mereka supaya membesar dengan aman dan sentosa. Kes jenayah kanak-kanak dan gangguan seksual menjadi fobia kepada ibu bapa untuk menjaga keselamatan anak mereka. Ingatlah pepatah ini, “jangan terhantuk baru tengadah” dan janganlah sampai “nasi menjadi bubur” baru kita sebagai masyarakat ingin membantu dalam melindungi kanak-kanak. Semua pihak yang terlibat tidak patut melepaskan batuk di atas tangga dan berusaha dengan gigih bagi melindungi hak kanak-kanak di negara ini.
Langkah seterusnya dalam melindungi kanak-kanak di tempat awam ialah dengan menggunakan “harness”. Penggunaan “harness” juga mampu mencegah berlakunya bahaya kepada kanak-kanak di tempat awam. Harness ini sebenarnya alat keselamatan khas untuk kanak-kanak apabila ibu bapa atau penjaga bersiar-siar di tempat awam. Harness ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang suka berlari sana sini apabila berada di tempat awam. Alat kesematan ini sangat membantu untuk ibu bapa untuk sentiasa bersama dengan anak. Malahan, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pernah menyebut tentang harness ini. Beliau mengalakkan ibubapa mengunakannya apabila keluar agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Namun penggunaan harness di Malaysia sangat kurang jika dibandingkan dengan masyarakat di luar negara, mereka sudah menggunakan alat ini dengan lebih luas. Hal ini kerana mereka sudah mempunyai kesedaran dalam aspek keselamatan anak-anak masing-masing.

Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil inisiatif sendiri bagi mengelakkan berlakunya kes-kes berkaitan kanak-kanak di tempat awam. Walaupun, masyarakat Malaysia belum lagi bersedia untuk menggunakan tali pengikat tangan seperti yang banyak diamalkan di luar negara. Kaedah tradisional iaitu tangan kanak-kanak ini mesti dipastikan digenggam walaupun mereka sendiri yang membantah terutama di kawasan sesak dengan orang ramai. Kanak-kanak juga boleh diajar membawa wisel sebagai peralatan tambahan keselamatan. Bagaimanapun mereka ini perlu diajar dan diingatkan agar menggunakan wisel hanya semasa kecemasan dan ketika dikuatiri diancam. Kebanyakan kes kehilangan anak adalah berada di lokasi yang penuh dengan orang ramai, terutama ketika jualan murah diadakan kerana ibu bapa sibuk membeli belah. Ibu bapa atau pendidik perlu mengajar anak mereka serba sedikit pendidikan seks, iaitu bahagian aurat badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Ibu bapa perlu membimbing anak mereka supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun terdapat gula-gula yang enak. Dalam masa yang sama, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak mereka tidak berseorangan sama ada di rumah atau di luar rumah. Contohnya adik Nurin Jazlin membeli sesuatu di pasar malam sehingga tidak pulang untuk selama-lamanya. Sementara itu, menurut keratin akhbar Metro, pengacara Wardina Safiyyah, 31, pula menyatakan golongan ibu bapa perlu sentiasa menimba ilmu tentang aspek-aspek keselamatan kanak-kanak melalui pembacaan buku ataupun majalah yang sesuai. Melalui pembacaan, ibu bapa dapat mendidik anak-anak tentang keselamatan diri dengan cara yang kreatif. Itu sekali gus merangsang perkembangan minda dan tumbesaran mereka.

 "Jikalau ibu bapa terlalu obses akan keselamatan mereka sehingga membantutkan pergerakan cergas kanak-kanak, sediakan ruang rumah yang lebih selesa untuk bergerak," kata Wardina. Jelasnya, adalah lebih baik para ibu bapa menghadiri kursus membantu kanak-kanak dalam kecemasan di hospital yang berdekatan. "Kursus seumpama ini banyak membantu mereka memberi pertolongan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke hospital. Kadang kala apabila anak tercedera, ibu bapa panik sehingga gagal memberi pertolongan kecemasan," terangnya . Tambahnya, kanak-kanak yang lebih kecil patut diawasi ketika mereka berada di kawasan luar rumah, baik di halaman sendiri ataupun di tempat awam.

Tegasnya semua pihak harus berganding bahu dalam menjaga kanak-kanak dan melindungi mereka di tempat awam. Masyarakat haruslah prihatin akan masalah yang menimpa kanak-kanak di Malaysia. Setiap hari kita mendengar berita tentang kanak-kanak di akhbar tempatan dimana mereka dibuli, didera dan dirogol. Peristiwa-peristiwa ini berlaku di tempat awam dimana masyarakat dapat melihat sendiri. Masyarakat perlu sentiasa peka akan apa yang berlaku disekeliling mereka. Jika ada sesuatu yang disyaki, sepatutnya bergegas melihat dan menghalang daripada hanya mampu melihat dari jauh. Janganlah kita berdiam diri hanya untuk kepentingan diri sendiri. Ingatlah bahawa nyawa seorang kanak-kanak itu sangat berharga untuk menjamin masa depan negara kita kelak.

 cara untuk melindungi kanak-kanak di tempat awam
 Contoh alat perlindungan kanak-kanak di tempat awam (Harness)












Jenis-jenis penderaan kanak-kanak tahun 2001-2007

Jenis-jenis penderaan kanak-kanak tahun 1999-2008


Monday 18 February 2013

ALL ABOUT CANCER T_T"


Cancers are getting more seriously affected in females lately. According to estimates, there are about 90-100,000 people in Malaysia living with cancer at any one time. The National Cancer Registry of Malaysia (NCR) records 21,773 Malaysians being diagnosed with cancer but estimates that almost 10,000 cases are unregistered every year. Oh my, that's soooo serious... haihh... =="


Do you know that the cancer rate has been statistically increasing every year in Malaysia?

The percentage of female getting cancer is more compared to male, Be it everything contributes to the growth of cancer in our body,The foods we eat, the environment we live on, stress, family history, inadequate exercise, poor diet, smoking, alcohol.


Out of 100,000 people most likely to get cancer are:

(This statistic figure are from cancer.org.my ) This is the last year statistic 2012.

  • 4058 Malay males and 4573 Malay females are diagnosed with cancer
  • 4078 Chinese males and 4422 Chinese females are diagnosed with cancer
  • 629 Indian males and 1065 females are diagnosed with cancer
The top 5 cancers affecting both male and female in Malaysia are:
  1. Breast
  2. Colorectal (bowel)
  3. Lung
  4. Cervical
  5. Nasopharyngeal
  • Although considered the 3rd leading cause of premature death in Malaysia, only 30-40% of all deaths from cancer are medically certified, meaning there is no exact figure of people dying from cancer.
  • Findings show that 10.3% of Malaysians risk dying from the disease before 75 years old. (Globocan, 2008)
  • Cancer is becoming a leading cause of death due to avoidable risk factors like smoking and tobacco exposure, poor diet, alcohol, inadequate exercise or being overweight.
  • It is estimated that nearly 40% of all cancers are preventable, including colorectal, lung and cervical cancers, with smaller effects in breast and nasopharyngeal cancer.
  • Improvement in early detection and treatment leads to better survival rates for people with cancer.
Top 10 Most Common Cancer in Malaysia

Here are the most common cancers in Malaysia

(1) Cervical Cancer

(2) Breast Cancer
(3) Colorectal Cancer (Bowel)
(4) Lung cancer
(5) Nasopharyngeal 
(6) Prostate Cancer
(7) Ovarian Cancer
(8) Liver Cancer
(9) Pancreatic Cancer
(10) Kidney Cancer


Top 5 Food to Prevent Cancer

Prevention is better than regret hence this foods can rather help to reduce the risk of getting cancer

(1) Brocolli - Boil it rather than fry it because you will destroy 97% of the vegetable's cancer-protective
(2) Garlic - Garlic contains sulfur compounds that stimulate immune system natural defences against cancer and may have potential to reduce tumor growth
(3) Green Tea
(4) Blueberries - Richest in fighting cancer compound and #1 in antioxidant power. Antioxidants neutralize free radicals which are unstable compounds that can damage cells and lead to cancer
(5) Kiwi, Lemon, Papaya are said to be enriched of antioxidants too but eating too much of it causes other sickness so eat moderately
(6) Yogurt and Cranberries - This two are good for bladder infection if you felt pain while pee-in
All in all yogurt contain lactobacillus which is good for females metabolism and to prevent cancer as well


Top 15 Foods that Causes Cancer

(Hate it a not this foods are commonly females favourite)

(1) French Fries
(2) Bubble Tea
(3) Oily foods/Fried foods
(4) Maggie Mee/Instant Mee
(5) Hot & Spicy foods
(6) Steamboat
(7) BBQ
(8) Doughnuts
(9) Hotdogs
(10) Sugar/ Sweet foods
(11) Heavy salted foods
(12) Soda/Soft drinks
(13) Processed meats and bacons
(14) Chips/Crackers/Cookies
(15) Typical restaurant food like Tai Chao - Wan tan ho, Hokkien Mee
This foods are also the cause of common gastric and may leads to stomach ulcer and stomach cancer.

These are some of the foods that i've found that might help against cancer :
anti-cancer SUPERFRUITS !! ^^
Foods that fight cancer .. ooyeah! :)
You can find more informations about foods that fight cancer here : http://siddham.in/world-cancer-day-2013-super-foods-to-fight-cancer



So guys, to stay healthy we need to eat a lots of food such as fruits, & green vegetables. The most importance thing is we need to start exercise now & go for yearly body check-up especially if you have frequent gastric pain. ^^
                                                   

MAGGI can CAUSE CANCER !!

YES.. this kind of food is quite famous among the students & of course it's quite hard for them to " do not buy that " or eat that.Well, I know by eating this u'll save your money but then it might cause u to get that --> cancer. Are u serious ?? Cancer is not a simple disease & not a "cheap" kind of disease. U know what I mean. By the way, this is the news that i've got :

There was an SBC (now TCS) actor some years ago, who at a busy time of his career had no time to cook, resorted to eating instant noodles everyday. He got cancer later on. His doctor told him about the wax in instant noodles. The doctor told him that our body will need up to 2 days to clear the wax. There was also an SIA steward who after moving out from his mother's house into his own house, did not cook but ate instant noodles almost every meal. He had cancer, and has since died from it. 

I've just found this.. it's too late but i wanted to share with u guys because not all of us know about it act. 

using that for the ingredients? OH NO ! =="


Nowadays the instant noodles (maggi) are referred as " cancer noodles ".

Sunday 17 February 2013

NO MORE other products, NOW LEXEE !



Alhamdulillah, harini baru dapat tahu tentang tuala wanita yang kebanyakan kita gunakan sekarang adalah merbahaya. Ini semua atas jasa budi housemateku yang tersyayunk, Nurhazwani. Semangat sungguh dia menunjukkan kami demo semua tu. Demo yang dia tunjukkan itu memberi kesedaran dan pengajaran kepada saya sendiri bahawa kita perempuan harus menitikberatkan soal ini. Sebab tuala wanita adalah satu faktor penyebab wanita mendapat barah rahim. So, beware girls !

Demo petang tadi.  
Tadi masa kawan tu buat demo, memang nampak sendiri perbezaan yang ketara, bukan nak tipu korang, kalau tak percaya nanti saya buat demo okay ^^ Masa tulah boleh tengok yang tuala wanita Lexee ni lebih menyerap air dan permukaan tuala tu masih kering berbanding jenama k****. Yang paling best ialah dalam Lexee ni ada free Vagina Health Test Kit. Vagina Health Test Kit ni digunakan untuk melihat vagina tu dalam kesihatan vagina, kalau lepas try boleh tengok result, kalau warna cerah, bermaksud berada dalam keadaan baik tapi kalau dah gelap bermaksud tak baik & might get cancer. Dushh! Seram ==" The best part ialah tuala wanita ni ada tarikh luput sekali, kalau produk lain, tak ada letak tarikh luput pun, itu yang ada sampai triple/ dual sekali free sebab produk tu dah lama.. see, takkan kita nk guna produk camtu utk kegunaan kita. ~~II"
nilah Vagina Health Test Kit, blh jgk kalau nk beli kat farmasi tp kalau beli Kexee, dpt free :)
tadaaa..! nilah, kat sini boleh tgk lepas test tu warna bertukar ke warna yg mana :)
Untuk info korang semua :

"Tuala wanita (sanitary pad) yang berada dipasaran sekarang mempunyai pelbagai bahan kimia dioksin seperti organoklorin, karsinogen,yang menjadi punca kepada jangkitan kepada lapisan uterus, kelemahan sistem imunisasi, risiko penyakit pelvik - senggugut, tidak subur (mandul), keguguran dll penyakit dalaman.

Disamping itu juga, tuala wanita (sanitary pad) yang berada dipasaran sekarang mempunyai bahan kimia seperti gentian Pulpa kayu, bahan kimia & pewarna, polysorbate & urea formaldehid – ejen penyerap & tahan basah.

Selain itu juga, fabrik yang menyaluti tuala wanita (sanitary pad) yang berada dipasaran sekarang adalah polypropylene atau rayon & bahagian belakangnya pula mengandungi sebatian silikon.

Purata wanita menggunakan kira-kira 15,000 Tuala Wanita sepanjang hayatnya. Kesan daripada pendedahan yang berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan didalam sel lemak menjadi kumulatif dan boleh membawa maut!"

Petikan daripada:
Utusan Pengguna Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Julai 2002, Muka surat 5


Keistimewaan Reka Bentuk LEXEE :
Reka bentuk Lexee mengandungi tujuh lapisan bagi membolehkan anda menghadapi kedatangan haid dengan yakin dan selesa.
Lapisan pertama
Span kapas halus & nipis dengan daya resapan yang tinggi untuk memberikan kelembutan & keselesaan kepada pengguna.
Lapisan kedua
Fabrik kapas tanpa jahit dengan daya serapan yang tinggi dan tidak mengalir balik,menghasilkan ketahanan dan lapisan permukaan yang sentiasa kering dan bersih.
Lapisan ketiga
Kertas penyerap bebas habuk untuk menigkatkan penyerapan & penahanan cecair serta mencegah kobocoran.(Ekstrak herba semula jadi terkandung di antara lapisan ketiga dan keempat).
Lapisan keempat
Kertas polimer untuk menigkatkan keberkesanan penyerapan 7 penahanan cecair.
Lapisan kelima
Kertas penyerapan untuk penyerapan yang pantas dan mencegah cecair melimpah.
Lapisan keenam
Pembentukan kertas untuk mengekalkan bentuk dan keselesaan
Lapisan ketujuh (selaput udara)
Selaput PE mudah ditembusi udara dan menggalakkan pengudaraan.
Keistimewaan LEXEE
  • Sentiasa kering,selesa,segar dan tanpa bau yang tidak menyenangkan
  • Mencegah kegatalan dan jangkitan kulat
  • Menggalakkan peredaran darah dan melindungi kulit halus & sensitif
  • Memperbaiki masalah rembesan mukus dan ketidakselesaan semasa haid.
  • Ringan,tidak mudah berubah bentuk serta pengeduraan yang baik

JENIS-JENIS PAD HERBA - LEXEE
Terdapat 3 jenis Tuala Wanita Herbal LEXEE :
1) NIGHT USE -kegunaan waktu malam/heavy flow
2) DAY USE -kegunaan waktu siang/normal flow
3) PANTILINER -kegunaan harian (selain waktu haid) dan bermacam-macam kegunaan sampingan!!
SENARAI HARGA (Harga ni ada yang tempatnya harga RM13, terpulang pada menjualnya namun rata2 RM 15 kebawah)
______________
Lexee Sanitary Napkins (10 pads) - RM 15
(Night Use/Heavy Flow)
Lexee Sanitary Napkins (10 pads) - RM 15
(Day Use)
Lexee Pantiliner ( 20 liners) - RM 15
TUALA WANITA Ancaman Kesihatan Dalam Diam
TAHUKAH anda bahawa kebanyakan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organoklorin dan karsinogen yang diketahui-toksin. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi andometriosis (jangkitan pada lapisan uterus). 

EPA juga telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan tinggi terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko penyakit radang pelvik, mengurangkan kesuburan, dan kemungkinan mengganggu perkembangan janin dan kanak-kanak. Dalam kajian juga tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian per trilion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin brpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada dos kecil ebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin. 


PURATA WANITA MENGGUNAKAN KIRA-KIRA 15,000 TUALA WANITA SEPANJANG HAYATNYA. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan di dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan membawa maut.
PENUH BAKTERIA
Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana is bukan produk yang dibasmi kuman. Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yang dijual disini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11,000 ( lebih 10 kali ganda piawaian keselamatan antarbangsa) Ini boleh membawa kepada jangkitan faraj dalam kalangan wanita yang menggunakannya. Produk kebersihan, seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan dipasaran tanpa terlebih dahulu membuktikan keselamatan dan keberkesanannya walaupun di negara -negara maju. 

Di Kanada misalnya, 'depressor' lidah, pembalut luka, flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan, tetapi tidak tuala wanita.


Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat oleh biologi untuk didatangi haid selama sekurang-kurangnya 35 tahun. Oleh itu wanita adalah pasaran tawanan dan berkemungkinan menjadi mangsa mudah trauma beberapa jenis tuala wanita.
Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternatif lebih selamat.

Ni link kat utube tentang tuala wanita Lexee :





Jom bertukar ke PAD HERBA LEXEE jika anda, anda, anda menyayangi diri masing2.. Alangkah susah jika menghidapi barah.. be careful & beware :)
p/s : Apa2 info yang tidak lengkap, maafkan saya, boleh tanya di ruangan comment :)

Saturday 16 February 2013

7 Dangerous acts after a meal ? NONSENSE !

I just got this new info.. what ? Seriously, not a single piece of advice is fact !


1. Don’t smoke — Experiments from experts proves that smoking a cigarette after meal is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of cancer is higher)


2. Don’t eat fruits immediately — Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Thre fore take fruits 1 -2 hours after meal or 1 hour before meal.

3. Don’t drink tea— Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the protein content in the food we consume to be hundred thus difficult to digest.

4. Don’t loosen your belt— Loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked.

5. Don’t bathe— Bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease, this will weaken the digestive system in our stomach.

6. Don’t walk about— People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In actual fact this is not true. Walking will cause the digestive system to be unable to absorb the nutrition from the food we intake.

7. Don’t sleep immediately— The food we intake will not be to digest properly. Thus will lead to gastric and infection in our intestine.

The exact points here are :

1. Smoke after a meal because the bad effect (emphysema, cancer, etc.) of smoking a cigarette becomes ten times worse?

Quote : Smoking cigarettes is harmful to your health at any time. Cigarettes contain as many as 60 carcinogens (substances known to cause cancer), and the nicotine in cigarettes is highly addictive. The addictive nature of nicotine leads smokers to continue smoking, and makes quitting very difficult. The risk of cancer and emphysema is certainly related to what kind and how many cigarettes you smoke, but there is no good evidence that smoking after meals in particular increases this risk.

2. Do not eat fruits immediately after meals because it will bloat your stomach?

Nuts! Fruits can be eaten anytime before or after meals. In fact, it’s a great way to obtain fibre (bulk) and reduce the intake of food – for those who want to cut down on calories.

3. Do not drink tea after a meal as tea leaves contain a high content of acid.

So what? Your stomach produces its own hydrochloric acid anyway. Acid helps BREAK DOWN protein, not harden it. It also activates stomach enzymes which break protein into amino acids. Remember, after a meal, your stomach will be full of food. So what little acid you get tea is inconsequential.

Do note that tannic acid from tea will stimulate acid secretion so it’s best taken with or after meals. That’s why we have dim sum when we yum cha la! 

4. Do not loosen the belt after eating because it can cause intestinal problems???

Seriously, this is utter nonsense. Keeping your belt tight will increase abdominal pressure and possibly increase the risk of acid reflux into the oesophagus. If anything, a tight belt will cause intestinal problems!

5. Do not bathe after eating because it will weaken the digestive system in the stomach???

After a meal, more blood will automatically be diverted to the intestines to absorb the nutrients. Having a bath or not will not affect digestion or absorption of nutrients. Neither will exercise.

6. Do not walk after a meal because it will make it difficult for the digestive system to absorb the nutrition???

Can we all say “utter nonsense”? Together and loudly please!

Walking is good, no matter whether it’s before or after meals. Nutrition will get absorbed, no matter whether you sit still like a statue or walk about.

In fact, walking can reduce heart burn and reduce the surge in plasma glucose levels after a meal – good for diabetics.

7. Do not sleep immediately after a meal because the food will not be digested properly.

Food will be digested whether you are asleep or awake. Sleeping will not cause digestion problems. However, sleeping after a meal is bad because it can cause heartburn, and can lead to obesity.

by : Dr. Adrian Wong -

Beware guys.. Not all the info that u got is true & don't simply share it without check it .

Friday 15 February 2013

TELEFON BIMBIT BAHAYA !!

Teringat lagi masa zaman sekolah dulu, at that time I'm 17teen years old. My chemistry teacher said that phone can cause cancer, depends where u put it, whether in ur pocket or near when u're sleeping.. then it might cause brain cancer. Masa tu cikgu tu cakap hp yang paling mempunyai radiasi tinggi adalah SONY ERICSSON & LG. So, next time guna SAMSUNG plak ye.. haha :P 
cancer is everywhere =="

Bahaya telefon bimbit terhadap kesihatan

Penyelidikan terbaru yang dilakukan saintis ternama Amerika Syarikat, Nora Volkow itu mungkin mendorong beribu-ribu pengguna kini lebih berhati-hati ketika menggunakan alat berteknologi tinggi itu. Ahli sains neuro, Profesor Patrick Haggard daripada Universiti College London, berkata: “Sekiranya penyelidikan lebih lanjut mengesahkan bahawa signal telefon bimbit memberi kesan kepada metabolisme otak, amat penting untuk mengkaji sama ada ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan.”

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.


Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.


Saintis mendakwa wanita yang menggunakan telefon bimbit semasa mengandung berkemungkinan melahirkan  anak yang  hiperaktif, lapor The Sun.


Mereka percaya bahawa radiasi daripada telefon bimbit menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membawa kepada masalah daya ingatan, keresahan, dan masalah tingkah laku. Penggunaan telefon bimbit oleh wanita hamil boleh meningkatkan risiko terhadap anak dalam kandungan. Para penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, pendedahan radiasi telefon bimbit ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan otak janin dengan risiko janin hiperaktif sehingga 30 peratus, ketakutan dan rendah daya ingatan. Profesor Hugh Taylor, dari Universiti Yale percaya telefon bimbit memberikan kesan kepada peningkatan kadar gangguan seperti gangguan hiperaktif.
MEMBAKAR OTAK & KULIT


BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.

SWEDEN: Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunannya.

RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. (Di UK, seorang pengguna mati akibat ketumbuha n kulit berbarah di tempat ia meletakka n telefon bimbit.)

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa pemanasan ini merosakkan kulit, di mana ia membuatkan penggunanya kelihatan berkedut, tidak bermaya dan akhirnya menjadi tua sebelum waktunya! Dikatakan berikutan pemanasan yang berlaku, sel-sel kulit lama kelamaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, dan proses hidup menjadi kurang berkesan.

RISIKO KANSER LEBIH TINGGI

SWEDEN: Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 1/2 kali ganda. Kanak-kanak yang bertengkorak nipis dan berotak kecil lebih berisiko.

AUSTRALIA: Tikus yang didedahkan kepada radiasi getaran digital telefon bimbit selama lebih 18 bulan berisiko dua kali ganda diserang kanser.

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.

AUSTRIA: Perokok yang menggunakan telefon bimbit menanggung risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding bukan perokok.

Fakta lain yang membimbangkan

Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit nonHodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka, pada bahagian yang sering diletakkan telefon bimbit selama beberapa jam sehari. Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95% kanser aktif pada sepanjang masa pendedahan dan dalam jangka masa pendek selepas itu.

Risiko tumor 'neuro epithelial' luar biasa pada bahagian luar otak adalah lebih dua kali ganda - secara statistik nya menunjukk an peningkat an yang ketara - terhadap pengguna telefon bimbit berbanding bukan pengguna.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya lapan tuntutan mahkamah yang mendakwa telefon bimbit meneyebab kan tumor otak difailkan di Amerika Syarikat.

KEROSAKAN DNA & SISTEM IMUN

Beberapa kajian menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia. Menurut saintis UK, radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.

KECACATAN KETIKA LAHIR

AMERIKA SYARIKAT: Radiasi telefon bimbit telah  dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan . Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.

KENAIKAN TEKANAN DARAH

JERMAN: Dalam satu kajian yang dilaporkan di dalam Lancet pada tahun 1998, tekanan darah pada setiap ujian ke atas manusia mengalami kenaikan antara 5 hingga 10mm Hg - paras kenaikan yang lebih daripada cukup untuk memulakan strok atau serangan jantung di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Ini merupakan bukti kukuh pertama mengenai kemampuan radiasi telefon bimbit mengubah fungsi sel secara langsung di dalam badan manusia.

PENYAKIT ALZHEIMER, PARKINSON & SKLEROSIS MULTIPEL

SWEDEN: Pendedahan cuma selama dua minit kepada pancaran daripada telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak. Keadaan ini cenderung mencetuskan serangan penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.

Dalam satu kajian lain, pengguna telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.

AMERIKA SYARIKAT: Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah buat seketika selepas terdedah selama 45 minit kepada radiasi elektromagnet daripada telefon bimbit.

UK: Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.

PENYAKIT JANTUNG & BATU KARANG

EROPAH: Penyelidikan baru menunjukkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebab an sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh badan), di mana pengumpul annya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.

PENURUNAN NAFSU SEKS, KEPANASAN & KELESUAN

UKRAINE: Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurang kan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testoster one dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya . Semakin tinggi dos radiasi, semakin berkurang testoster one yang dikeluark an oleh kelenjar badan, mengakiba tkan penurunan aktiviti seks.

SCANDINAV IA: Kajian tajaan industri selular Scandinavia dan kerajaan Sweden dan Norway, mengesahkan hubungan ketara antara jangkamasa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilapork n mengalami keadaan kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.

RACUN DALAM BAHAN PENAMPAL GIGI

Kajian menunjukk an radiasi telefon bimbit boleh mengaktifkan raksa dan melepaskan gas beracun. Pakar-pakar percaya bahawa gas yang menyerang sistem saraf tengah otak boleh menyebabkan keadaan tertekan, lelah, penyakit Alzheimer dan Sklerosis Multipel.

SAKIT KEPALA, PENING & HILANG TUMPUAN

SWEDEN: Kajian Sweden yang ditaja oleh industri selular ke atas 11,000 pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbandin g mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah pening dan 2.4 kali lebih mudah hilang tumpuan.
Orang-orang muda lebih berisiko terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, di mana mereka lebih mudah mengalami kesan sampingan nya. AGENSI


P/S : memang agak panjang tapi segalanya adalah ILMU, so, be hardworking.. u'll get what u do.. try to use ur effort, then u'll get it.. Please inform it to others.. ^^ beneficial 4 all :)