Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Thursday 14 February 2013

DRAMA : AKU ANAK DERHAKA ~~'

Alhamdulillah, siap sudah menaip skrip drama yang bakal dipresentkan nanti. Insha ALLAH. Namun banyak kekurangan dalam drama ni dimana tidak menspesifikkan ekpresi dan tindakan pelakon. Apa-apa pun, tunggu respond pensyarah dulu.

DRAMA : AKU ANAK DERHAKA

AKU ANAK DERHAKA
Sinopsis :
Seorang anak tunggal yang bernama Lieya yang sangat degil dan tidak mempedulikan perasaan ibu bapanya yang telah tua. Dia suka ponteng sekolah walaupun tahun itu dia bakal menduduki SPM. Dia suka bersosial dan bergaul bebas dengan teman lelakinya yang bernama Sam yang umurnya 23 tahun. Lieya mempunyai seorang rakan yang bernama Mieza. Mieza sangat rapat dengan Lieya, dia sering menyembunyikan rahsia Lieya daripada pengetahuan ibu bapa Lieya. Lieya sering dimarahi bapanya gara-gara pulang lewat ke rumah. Ibunya selalu menyebelahi Lieya dan memanjakan anaknya itu.

Watak :

Lieya- Gadis yang berumur 17 tahun dan bakal menduduki SPM. Seorang yang degil dan suka bersosial (SYARIFAH HANIERA)

Pak Samat- Bapa kepada Lieya. Berumur 59 tahun. Amat prihatin kepada anaknya. (NUR NAZIEHAH)

Mak Leha- Isteri Pak Samat dan merupakan ibu kepada Lieya. Seorang yang suka memanjakan anaknya. (DINEHSHINEE)

Sam- Teman lelaki kepada Lieya. Berumur 23 tahun dan suka bersosial. Dia suka membawa Lieya ke Kelab Malam. (SH. NUR AMALINA)

Mieza- Rakan kepada Lieya. Berumur 17 tahun dan sangat rapat dengan Lieya. (NURHAZWANI)

Cikgu Rina – Guru Kelas Lieya yang berumur 25 tahun. (NUR MAISARAH HANISAH)


Dialog :
BABAK 1
Suasana di rumah tepat jam pukul 11.45 malam. Kelihatan Mieza dan Lieya di hadapan rumah Lieya.
Lieya : Terima kasih Mieza sebab hantarkan aku ke rumah.
Mieza : Sama-sama Lieya. Minggu depan kita keluar ke kelab lagi ya. Maaf, esok aku ada hal, tak dapat teman kau ke kelab dengan Sam.
Lieya : Baik Mieza.
Kelihatan Lieya berjalan perlahan-lahan masuk ke rumah dari pintu hadapan.
Pak Samat : Lieya ! Apa kau buat tengah-tengah malam ni hah? Kau pergi mana lewat sebegini baru balik rumah? Dengan uniform sekolah tu lagi. Apa nak jadilah dengan kau ni Lieya.
Lieya : Alaa, abah ni. Lieya baru balik dari rumah kawanlah. Kami baru habis study group tadi. Itupun nak bising-bising. (berjalan ke bilik dengan wajah yang masam)
Pak Samat : Hisyyyhh… budak ni. (mendengus sendiri)

BABAK 2
Keesokan harinya. Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah.
Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?
Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti cikgu akan menelefon ibu bapanya.
Mieza : Err.. baik cikgu. 

Tepat jam 12.00 malam. Lieya baru pulang ke rumah.

Pak Samat : Lieya ! Apa nak jadi dengan kau ni? Anak dara asyik balik lambat je ke rumah. Kau ingat ni rumah tumpangan ke senang kau pergi dan balik lewat sebegini?
Suara Pak Samat yang agak kuat itu telah didengari oleh Mak Leha.
Mak Leha : Apa yang bising-bising tengah malam ni bang ?
Pak Samat : Ni haa, cuba awak tengok anak dara awak ni, baru balik jam sebegini? Tak malu ke dilihat jiran tetangga kita?
Mak Leha : Hisyhhh abang ni, anak kita kan dah besar, tahulah dia menjaga diri sendiri. Lieya, kamu ke mana tadi?
Lieya : Lieya ke rumah kawan mak, kami buat study group tadi bincang tentang soalan peperiksaan nanti. Mak abah janganlah risau.
Mak Leha : Haaa, dengar tu bang, kan anak kita dah cakap dia pergi ke rumah kawan dia. Tak payah la abang nak risau-risau lagi ya. Dah Lieya, kamu pergi masuk bilik, mandi dan makan.
Lieya : Baik mak.
Pak Samat : Itulah awak, asyik memanjakan anak awak tu aja. Bukannya kita boleh percaya sangat budak-budak remaja sekarang.
Mak Leha : Yelah-yelah abang, jom masuk tidur.
Pak Samat mendengus perlahan dan masuk ke bilik tidur.

BABAK 3
Suasana pada waktu pagi, tepat jam 7 pagi di perkarangan pagar depan sekolah, kelihatan Sam menunggu Lieya.

Sam : Jom sayang, kita ke Times Square.
Lieya : Jom, mana kereta you?
Sam : Seberang sana, jom cepat sebelum Pengetua you nampak.
Lieya : Ok.
Mereka terus berlalu pergi menaiki kenderaan.

Tepat jam 8 pagi, suasana di dalam kelas 5 Ruby. Kelihatan guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar.

Cikgu Rina : Mieza, mana kawan baik kamu tu si Lieya? Dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah.
Mieza : Err.. (berfikir sejenak) haa... dia tidak sihatlah cikgu.
Cikgu Rina : Tidak sihat? Dia sakit apa?
Mieza : (menggaru-garu kepala yang tidak gatal) Dia demam cikgu.
Cikgu Rina : Hurmm.. (mengangguk-anggukkan kepala) baiklah kalau macam itu, nanti cikgu akan menelefon ibu bapanya.
Mieza : Err.. baik cikgu. 

BABAK 4
Setelah Lieya dan Sam sampai di Times Square, Lieya ke tandas untuk menukar pakaian seragam sekolahnya itu bagi mengelakkan perhatian ramai. Mereka kemudiannya berjalan-jalan pula di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pada waktu sebelah malam pula mereka ke Kelab Malam Mee Lee Bar yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Suasana di kelab malam, kelihatan ramai pemuda dan pemudi yang senang melayan perasaan dengan menari dan melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh seperti berpelukan dan saling berpegangan.

Kedengaran lagu Turn Up The Love oleh Far East Movement dipasang dan ramai remaja yang menari melayan rentak lagu yang dipasang DJ bertugas. Kelihatan Lieya dan Sam juga turut serta menari sambil melayan muzik tersebut.

Babak 5
Suasana di ruang tamu rumah Lieya, kedengaran bunyi telefon rumah berdering. Pak Samat segera menjawab panggilan tersebut.

Cikgu Rina : Assalamualaikum wbt, ini rumah Lieya Suzanna ke?
Pak Samat : Wa,alaikumussalam wbt, ya. Ini rumah Lieya. Ini siapa ya?
Cikgu Rina : Saya Rina, guru kelas Lieya. Saya nak tanya Pak Samat, betulkah dia demam sebab dah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah?
Pak Samat : (terperanjat) ya Allah. Betulkah cikgu ?
Cikgu Rina : Iya encik. Kenapa ? (tertanya-tanya)
Pak Samat : Oh... tidak ada apa-apa. Terima kasih Cikgu Rina sebab menelefon saya.
Cikgu Rina. Baik, sama-sama.

Pak Samat berasa sangat marah dan terkejut dengan perbuatan anaknya itu. Dia segera memberitahu isterinya Mak Leha.

Tepat jam 2 pagi, Sam telah menghantar Lieya pulang ke rumah. Sebelum pulang, Lieya sudah menukar awal-awal pakaiannya kepada uniform sekolah bagi tidak disyaki oleh ibu bapanya. Pada ketika itu, Lieya tidak perasan bahawa bapanya telah melihat mereka  dari tingkap ruang utama. Lieya kemudiannya membuka pintu utama dan berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Kemudian, kedengaran suara garau bapanya menegur.

Pak Samat : Kau ke mana Lieya?! Kau balik dengan siapa tadi?
Lieya : (gugup) Lie…Lieya baru balik dari rumah kawan. Tadi kawan hantar.
Pak Samat : Kawan lelaki ke perempuan?
Lieya : (gugup) Pe..Perempuan abah.
Pak Samat : Anak kurang ajar !
Pangggg! Satu tamparan hinggap di pipi gebu Lieya. Kelihatan pula Mak Leha bergegas keluar dari bilik dan menghampiri Lieya. Lieya menangis teresak-esak dipangkuan ibunya.
Mak Leha : Abang! Kenapa ni abang? Kenapa abang tampar anak kita?
Pak Samat : Awak tengok anak awak sekarang ni, dia dah pandai menipu saya.
Mak Leha : Dia dah buat apa abang?
Pak Samat : Dia menipu saya, kata yang dia balik dengan kawan perempuan padahal kawan lelaki. Saya lihat dengan mata saya sendiri tadi.
Mak Leha : Betul ke Lieya?
Lieya tunduk dan terus menangis.

Pak Samat mengambil beg galas Lieya dan melihat di dalamnya.

Pak Samat : Astaqfirullah.. Awak tengok ni, apa yang dia buat kat sekolah. (sambil mengeluarkan pakaian seragam Lieya) Lieya ! Kau pergi mana ha? Dengan bawa baju semua ni? Kau ponteng sekolahkan? Patutlah guru kelas telefon kami petang tadi. Ini kerja kau selama ini Lieya ?

Lieya hanya tunduk membisu. Lalu Pak Samat membaling beg galas tersebut terkena Lieya.
Mak Leha : (bangun berdiri) Anak tak guna ! Berambus kau dari sini !
Lieya : Mak ! Mak! Jangan buat Lieya macam ni.
Mak Leha : Selama ni mak terlalu manjakan kau, selalu membelahi kau tapi ni balasan kau buat pada mak dan abah kau? Mak malu sebab ada anak macam kau. Sampai hati kau buat kami macam ini.
Lieya : Maafkan Lieya, mak abah. Maafkan Lieya. Tolong jangan halau Lieya dari rumah ni.
Pak Samat : Baiklah, kami beri kau peluang yang terakhir, kalau buat juga, tahulah apa nasib kau Lieya.

BABAK 6
Pada keesokan harinya, Pak Samat menghantar anaknya ke sekolah, setelah menghantar anaknya itu, dia terus berlalu pergi. Lieya pula masih berada di hadapan pagar sekolah. Lieya menyeluk poket sakunya dan mencapai telefon bimbitnya.

Lieya : Hello ! Sayang, you kat mana? Boleh dating ambil I sekarang?
Sam : I dekat rumah, ok.

Setelah 15 minit, Sam sampai di hadapan pagar sekolah. Lieya kemudiannya tergesa-gesa masuk ke dalam kereta kerana kuatir ditangkap oleh pengetua sekolah. Mereka kemudiannya melalui simpang keluar dari kawasan sekolah itu. Disitulah Pak Samat menyembunyikan diri bersama kerete untuk mengawasi anaknya itu. Pak Samat segera mengecam kembali kereta yang dipandu Sam itu sama dengan kereta yang membawa anaknya pulang. Dalam masa itu juga Pak Samat dapat melihat anaknya di cermin tingkap kereta. Lalu Pak Samat mengekori kenderaan itu dari belakang.

Sampai sahaja di sebuah kelab, Lieya dan Sam keluar dari kereta berjalan menuju ke pintu depan kelab tersebut. Pak Samat bergegas keluar dari kereta lalu berlari dan menyeberang jalan tanpa melihat kereta yang lalu lalang. Tiba-tiba, Pak Samat dilanggar oleh sebuah kereta Waja. Lieya yang pada ketika itu telah terdengar bunyi perlanggaran segera melihat. Lieya sangat terkejut melihat bapanya terbaring di tengah jalan raya dengan banyak lumuran darah di kepala. Sam telah menelefon ambulans dengan segera. Lieya sangat menyesal dan dia juga tahu bapanya telah mengekori mereka. Namun, penyelesalan itu tidak berguna lagi kerana bapa Lieya telah meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah.

Lieya : Abah, ampunkan Lieya sebab menipu abah. Lieya dah jadi anak derhaka pada mak dan abah. Lieya janji tak akan menipu lagi. Maafkan Lieya…. (meratapi bapanya)

Suara Latar : Kesimpulannya, janganlah kita menjadi anak derhaka. Justeru itu, kita sebagai anak haruslah taat dan patuh akan arahan ibu bapa kita walaupun kadangkala mereka sedikit mengongkong kebebasan kita namun suatu hari nanti kita akan mengetahui bahawa itu semua adalah yang terbaik untuk kita berjaya kelak.

Tamat
Cerita Suka Suki Hani J

84 comments:

  1. salam..ini skrip untuk apa ye..sekadar bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam wbt, skrip ini adalah skrip drama yg saya reka untuk pementasan drama sy semasa di u dulu.

      Delete
  2. Salam, saya nak minta kebenaran gunakan idea drama ni boleh untuk persembahan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa,alaikumussalam wbt.. ya, blh je :)

      Delete
    2. assalamualaikum ,saya pun nak minta kebenaran untuk gunakan idea ni untuk presentation , boleh ke ?

      Delete
    3. Sister saya minta izin untuk menggunakan skrip ini untuk kegunaan projek ye, menarik sungguh ideanya dan bahasanya.

      Delete
    4. Assalamualaikum. Saya minta izin guna bahan inj untuk bahan kajian. Tetima kasih.

      Delete
    5. assalamualaikum..saya minta izin juga untuk menggunakan bahan ini .Terima Kasih.

      Delete
  3. menarik... bolehkah saya memnta kebenaran untuk gunakan sdikit idea drama ini untk persembahan..

    ReplyDelete
  4. menarik... bolehkah saya memnta kebenaran untuk gunakan sdikit idea drama ini untk persembahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.. maaflah sy jarang update blog, boleh je, xde masalah :)

      Delete
    2. Hi Hani. Boleh saya jadikan skrip ini bahan rujukan dan pementasan pentas?

      Delete
  5. alhamdulillah..trima ksih kpd penulis blogger ni..kmi dpt juara dlm lakonan d skolah kami ..lol :D

    ReplyDelete
  6. mintak izin ye sy guna dan edit sikit skrip ni utk persembahan murid di sekolah saya..terima kasih

    ReplyDelete
  7. Thanks a lot for the drama script, a very useful post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u 4 dat comment. really appreciated that.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. saya pon nk mntak izin untuk guna kan dialog ni jgak ye, tq

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum saya nak minta izin ambil skrip ni untuk kelas teater saya terima kasih :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaiki.. saya nak minta izin menggunakan skrip anda bagi pementasan teater di u saya... adakah di bolehkan...??? : )

    ReplyDelete
  12. salam . mohon saya guna skrip ana untuk assgnment pementasan koko drama saya yaaa

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum, minta izin untuk guna skripnye..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum, izinkan saya guna skripnya ya :)

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum, izinkan saya guna skripnya ya :)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, mohon izin untuk saya gunakan skrip ini bagi program teater di sekolah, ya...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum, izinkan saya guna skrip ini bagi aktiviti teater di u saya :)

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum, saya nak minta izin guna skrip utk lakonan clas

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum...Saya nk minta izin guna skrip utk lukis komik?

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum saya ingin minta izin utk mengguna skrip ini

    ReplyDelete
  22. Mohon izin copy skrip ni ya

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum, saya nak mohon guna skrip ini untuk assigment video mandarin saya.

    ReplyDelete
  24. mohon izin ambil idea sikit berdasarkkan skrip ini yah:)

    ReplyDelete
  25. assalam saudari . saya minta kebenaran untuk digunakan dlm video kami . akan dikreditkan kelak ヾ ^_^♪

    ReplyDelete
  26. izinkan saya utk mengambik sedikit idea dan jalan cerita. terima kasih ye

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum, minta keizinan untuk guna skrip ini sebagai bahan kajian semantik n pragmatik.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum minta izin ya untuk gunakan skrip ni. terima kasih..

    ReplyDelete
  29. Assalamulaikum minta kebenaran skrip ni ye

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum , Minta kebenaran untuk guna skrip ni

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum kepada penulis mohon kebenaran untuk gunakan idea skrip ni ye.

    ReplyDelete
  32. sy minta izin guna cerita ini untuk script assgnmt sy yaa . terima kasih 💚

    ReplyDelete
  33. Salam, saya nk minta izin untuk gunakannya dalam kajian semantik dan pragmatik.Terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Assalammualaikum, saya minta izin guna skrip awak yaa..tq

    ReplyDelete
  35. saya minta izin guna skrip ni..tq

    ReplyDelete
  36. Salam..mintak izin guna skrip ni ye.

    ReplyDelete
  37. Salam..mintak izin guna skrip ni ye.

    ReplyDelete
  38. Salam..sy mnta kebernaran untuk jdikan rujukan ye...

    ReplyDelete
  39. salam..minta izin guna skrip puan utk assignment teater anak sy di sekolah seni malaysia perak ya..tq

    ReplyDelete
  40. Salam saya nk mintak izin gunakan skrip ini boleh

    ReplyDelete
  41. assalamualaikum saudari..izinkan saya gunakan dan edit serba sedikit skrip ni ya.. terima kasih.. semoga Allag sahaja yg dpt balas jasa baik saudari..

    ReplyDelete
  42. Assalam. Mohon izin untuk guna dan edit skrip ini untuk persembahan kebudayaan koku sek kami ye.Tkasih.

    ReplyDelete
  43. Asalam. Minta izinkan saya gunakan dan edit serba sedikit skrip nie ya..terima kasih ...semoga allah shaja yang dapat membalas jasa baik saudari...aaammmmiiiiiiin.....

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum saya nak mintk izin untuk mengunakan skrip ini untuk shot youtube nanti boleh?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum, saya nak minta kebenaran utk skrip ni boleh?

    ReplyDelete
  46. assalamualaikum, saya nk minta izin guna skrip ni boleh ?

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum,,,sy nk minta izin nk guna skrip ni ye

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum.. sy minta izin utk guna skrip ni ya

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum, saya pelajar Upsi, saya minta izin untuk ambil idea skrip miss ye 🤗

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum..saya pelajar minor teater.saya nak mintak izin nak guna skrip ni untuk subjek produksi teater saya ye.

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum, saya minta kebenaran guna skrip ni ye

    ReplyDelete
  52. assalamualaikum. saya mintak kebenaran untuk guna skrip ini ya.

    ReplyDelete
  53. Salam admin..minta izin untuk guna skrip ini ye.

    ReplyDelete
  54. assalamualaikum admin...saya minta izin nak guna skrip ni ye

    ReplyDelete
  55. Assalammualaikum admin, saya tertarik dengan skrip anda.
    izinkan saya guna skrip ini untuk subjek uni ya.
    terima kasih

    ReplyDelete
  56. Selamat sejahtera kak hani. saya tertarik dgn skrip akak. Saya minta izin untuk guna skrip ini bgi subjek uni ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  57. hi assalamualaikum sis , saya nak mintak izin untuk guna skrip ni utk assignment saya bolehh ??

    ReplyDelete
  58. hai sis, saya nak minta izin kaji skrip ini boleh, sebagai kajian ilmiah saya.

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kak hani. saya tertarik dgn skrip ini . Saya minta izin untuk guna skrip ini bgi pementasan drama sekolah ya. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  60. ANAK PEREMPUAN AKHIR ZAMAN NI. SELALU DERHAKA KEPADA IBU BAPA .... JADI HANTAR LAH ANAK PEREMPUAN ANDA PERGI MADRASA INSHA ALLAH BAIKLAH DIA...

    ReplyDelete
  61. Salam sejahtera. Saya sangat tertaik dengan jalan cerita nya. Sangat sesuai untuk dijadikan teladan khasnya anak remaja kita. Boleh saya mita izin untuk menggunakan skrip ini bagi pementasan teater monodrama sekolah. Terima kasih.

    ReplyDelete
  62. Assalammualaikum, minta izin guna skrip ya sebgai assignment drama dan lakonan

    ReplyDelete
  63. cerita ini sudah pernah dibukukan ka ?

    ReplyDelete
  64. selamat sejahtera. saya ingin meminta izin untuk mengkaji skrip ni.

    ReplyDelete
  65. salam sejahtera, saya ingin meminta izin untuk mengunakan skrip ini untuk pementasan drama sebagai projek assignmt saya tapi saya akan tukar dailek skrip to kepada bahasa melayu serawak,bahasa iban dan ada sedikit bahasa melayu formal nanti. saya mohon izin ya..

    ReplyDelete
  66. Mohon untuk guna skrip ini..terima kasih

    ReplyDelete