Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Wednesday 6 March 2013

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak ^^


Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak.  Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di bawah.
Petunjuk perkembangan   bahasa  kanak-kanak
Umur
Petunjuk perkembangan
1 tahun
  • Mengenal nama
  • Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan  kepada“mama” dan “papa”
  • Faham arahan mudah
1-2 tahun
  • Faham perkataan “tidak”/ “no”
  • Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama
  • Menggabungkan dua perkataan – “Mak. Makan”
  • Meniru  bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu
  • Melambai-lambai selamat jalan
2-3 tahun
  • Mengenal anggota badan
  • Guna dua perkataan dalam frasa negatif -  “tak mau”, “no want”
  • Memahami konsep masa yang mudah -  “esok”, “ semalam”
  • Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul
  • atau menangis
  • Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang “kecil” dan “besar”
3-4 tahun
  • Sudah boleh bercerita
  • Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan
  • Memahami makna “kelmarin”, “makan tengah hari”
  • Mula menurut arahan/perminatan –“Letak kasut di luar”
4-5 tahun
  • Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan
  • Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat
  • Boleh bercakap angan-angan -  “saya harap ….”
  • Banyak menyoal, termasuk “Mengapa…..?”
5-6 tahun
  • Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan
  • Memahami hubungan ruang seperti “atas” dan “belakang”
  • Tahu alamat sendiri
  • Tahu perkataan antonim  mudah seperti  “kecil – besar”
  • Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan
  • Menggunakan berbagai jenis ayat

Berikut adalah perkembangan bahasa kanak-kanak menurut Saayah Abu dalam bukunya Menjadi Guru Tadika (2007)
Umur
Kebolehan
Aktiviti
Awal kelahiran
Menangis bagi menyatakan sesuatu dan bayi lebih suka kepada suara manusia berbanding bunyi lain
1 tahun
         Meniru bunyi. Kanak-kanak mula menggunakan bahasa bagi berkomunikasi antara umur 9 hingga 18 bulan.
         Bertindak balas kepada beberapa perkataan yang biasa didengari.
Bertutur dengan kanak-kanak iaitu memandang kea rah mata mereka. (eye contact)
2 tahun
         Mencantum beberapa perkataan mudah bagi menjadi ayat pendek.
         Dapat menyebut dan mengenal perkataan yang mudah daripada objek ataupun gambar.
         Menguasai hamper 30 perbendaharaan kata.
Berbual dan bertutur dengan kanak-kanak.
3 tahun
         Menggunakan perkataan bagi mendapatkan sesuatu menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam percakapan.
         Mengenalpasti perlakuan ataupun pergerakan di dalam gambar.
Berbual bersama kanak-kanak
4 tahun
         Gemar bercakap dan dapat berbual dengan ayat yang lebih panjang.
         Dapat membaca pantun, irama dan bercerita menggunakan perkataan bagi menyebut warna, huruf dan bentuk.
         Suka menyebut perkataan baru dan suka menyanyi.
Berbual dengan kanak-kanak.
5 tahun
         Mula bertanya berbagai-bagai soalan.
         Dapat menjelaskan maksud perkataan ataupun ayat.
         Dapat membina ayat yang lebih panjang.
         Bercakap seperti orang dewasa.
         Suka kepada perkataan baru.

Perbualan antara guru dengan kanak-kanak dan antara kanak-kanak sesame mereka.
6 tahun ke atas
  • Menghadapi masalah dalam mengelaskan sesuatu hal ataupun keperluan.
  • Berbual dengan ayat yang lebih panjang.
  • Bercerita berkenaan pengalaman seharian.
  • Suka kepada perkataan yang pelik
Perbualan pagi dan mengadakan aktiviti-aktiviti interaksi.

Berikut adalah tahap penguasaan bahasa yang  diubahsuai daripada D.C.Norton (1985). The Effective Teaching of Language Arts:
Umur
Ciri-ciri penguasaan bahasa
3 bulan
Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam persekitarannya.
12 bulan (1 tahun)
Menggunakan kata tunggal seperti ‘mama’ dan ‘baba’. Perkataan ini melambangkan keseluruhan ayat yang hendak dikatakan.
18 bulan (11/2 tahun)
Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa kata yang dikuasai lebih kurang 300 patah perkataan)
24 bulan – 36 bulan
Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula memasukkan konsep ‘banyak dan sedikit’ dalam ayat.
48 bulan – 60 bulan
Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur tatabahasa. Perhebdaharaan kata lebih kurang 2500 perkataan.
5 tahun-6 tahun
Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah 6.8. kanak-kanak menguasai lebih kurang 6000 perkataan.
6 tahun – 7 tahun
Kanak-kanak bertutur menggunakan ayat kompleks dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta memahami konsep masa dan musim. Purata panjang ayat ialah 7.5 perkataan.
8 tahun- 10 tahun
Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.
10 tahun-12 tahun
Kanak-kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat ialah 9.5 perkataan

4 comments: