Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Wednesday 31 October 2012

AMALAN MEMBENTUK ANAK DARI AWAL KEHAMILAN SEHINGGA PANDAI MEMBACA ♥


“Apabila mendapat tahu kamu (ISTERI) telah hamil, maka solatlah kamu (ISTERI dan SUAMI), tadahlah tanganmu memanjat kesyukuran kepada ALLAH kerana telah memberi peluang untu
k mendapat zuriat di kalangan keluarga kamu. Bertaubatlah kamu dengan bersungguh-sungguh, dan timbulkanlah rasa kekesalan di dalam diri atas dosa-dosa yang telah kamu lakukan sebelum ini dan memohon peliharakanlah ANAK di dalam kandungan kamu(ISTERI) atau isteri kamu(SUAMI)”

Menangis seorang IBU tatkala menceritakan kepada anaknya betapa TERHARUNYA apabila ALLAH S.W.T mengurniakan seorang ANAK yang mana SIKAPNYA, TUTURNYA, KESOPANANNYA, RUPA PARASNYA, AKALNYA adalah berbeza dari anak-anak yang sebelumnya SETELAH mengamalkan seperti di bawah dan berpesan pula kepada anaknya(admin) untuk bakal cucunya.


*TIGA(3) BULAN PERTAMA :
- Wajib membaca Surah Yusuf dari awal hingga akhir.
- Wajib membaca Surah Ibrahim dari awal hingga akhir.
- Wajib membaca Surah Maryam dari awal hingga akhir.

(Hendaklah mengulangi 3 ayat di atas sepanjang 3 BULAN PERTAMA KEHAMILAN)


*MEMASUKI BULAN KE-EMPAT(4) :

- SeELOK-eloknya khatam 30 Juzud ayat Al-Quran sepanjang 6 BULAN seterusnya.


PERHATIAN! Pendekatan bagi situasi berikut :

*Bagi bakal IBU-IBU yang kurang fasih atau tidak tahu membaca ayat-ayat al-Quran.

- Hendaklah SUAMInya membaca al-Quran disamping si ISTERI memerhati ayat-ayat tersebut di sisi suami.

Atau

*Bagi SUAMI dan ISTERI yang kurang fasih atau tidak tahu membaca ayat-ayat al-Quran.

- SEKURANG-KURANGNYA perdengarkanlah ayat-ayat suci al-Quran sentiasa atau mengambil inisiatif untuk selalu perdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran di dalam kenderaan ketika pergi dan balik kerja dan sebagainya.

Dan seterusnya sehinggalah melahirkan ANAK atau AMANAH ALLAH s.w.t kepada kita. Selalulah perdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada si anak atau bayi semasa proses pembesarannya.


Penting juga kepada bakal IBU dan BAPA supaya menjaga TINGKAH LAKU dan TUTUR KATA sepanjang isteri mengandung(bagi suami).


Wahai sekalian, PERCAYA dan YAKINLAH kamu kepada Kekuasaan ALLAH s.w.t kerana dari Ia kita DATANG dan kepada Ia kita akan KEMBALI. InsyaAllah.....nescaya kamu akan tersenyum bila melihat CAHAYA MATA yang cukup indah ciptaan-NYA.


Selamat Mengamalkannya dan NAWAITU LILLAHITA'ALA ..


^^
SUMBER: 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=189668721168692&set=a.156428251159406.33952.155882317880666&type=1&theater

No comments:

Post a Comment