Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Monday 8 October 2012

LAST DAY EA CHEM !!! ^^

Alhamdulillah... semalam last ea chem.. hari yang sangat memenatkan.. lepas balik dari dewan besar UPSI, kami balik rumah dulu, beli makanan.. nak masak macam malas sebab barang2 dapur ada yang dah packing. Lepas makan & buat apa yang patut, kami gerak ke kampus lama, g ke klinik kesihatan utk suntikan HPV.. haih, balik ke dr klinik tuh, hujan mula turun.. basah abesss.... =="


Sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh ‘Federation of Drug Administration’ ( FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia.
  • Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.
  • Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
  •  Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. Sebaik-baiknya vaksin ini diberikan ketika mereka berada pada peringkat awal remaja.
  • Namun, perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear MASIH perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.
    menunggu giliran ^^"
     

No comments:

Post a Comment