Featured post

STUDY ABROAD ?

Ramai yang nak tahu macam mana nak  dapat tawaran overseas. Bila banyak sangat persaingan yang ada sekarang, limitasi pengambilan pelajar l...

Sunday 30 September 2012

DOA menghadapi PEPERIKSAAN ^^

Doa sewaktu mengulang kaji pelajaran.. ^^
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa Memasuki Dewan Peperiksaan.. ^^


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan.. ^^

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit)3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan.. ^^

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


p/s : gudluck everyone.. tomorrow will be the day.. insyaAllah.. ganbate!! aja-aja fighting :)
waa, tuceng pun ajen aw :)
study3.. esok exam dah.. ganbate!!

Tips Menjelang Peperiksaan ^^


Tips kami menjelang peperiksaan ^^
♥ Baby Nazieha, Baby Haniera
♥ Tersangat suka makan tiram
♥ Makan cokelat, hati gembira
♥ Perut senang, Jiwa tenteram

p/s : Coklat menambahkan mood gembira adalah FAKTA

Sebabnya, coklat boleh menghantar reaksi positif ke kimia otak dan dapat memperbaiki mood seseorang yang sedang kesedihan atau stress. Campuran pelbagai bahan dalam coklat menyebabkan rasa dia sangat nyaman dan masuk dengan jiwa. Jadi, kalau orang yang tak suka makan coklat, dia kurang gembira.. =="
 
 
makan COKELAT, Hati GUMBIRA :)
 

Friday 28 September 2012

ADAMU :)

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu


Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku


Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu

Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu


ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

 




Ku ada DIA ^^

 http://www.youtube.com/watch?v=vDdF_zcCqI8

Thursday 20 September 2012

PENANTIANKU <3
 
Seringkali persoalan diatas bermain dimindaku, adakah ada si dia telah ditetapkan dalam hidupku? Ya Allah, penantian ini kadang melelahkan aku, aku rindu untuk segera berjihad di jalan-Mu dalam keluarga yang besar, dan mendapatkan cinta sejati yang dapat membimbing diriku menuju jannah-Mu. Namun aku percaya akan tiba masanya dimana, siapa dan bila penantian ini akan terjawab, membuatku harus terus berikhtiar dalam penuh harapan kepada-Mu, di dalam setiap istikharahku.

Engkaulah penguasa dan pemilik hidup dan matiku Ya Allah, maka hanya Engkau jualah yang boleh menjawab semua ini. Jangan biarkan penantian ini melemahkan keimanananku kepada-Mu, jadikan ini sebagai kekuatan untuk mendekatkan segala redha-Mu kepadaku.

Ya Allah, jadikanlah fitrah cinta ini sebagai jalan untuk meraih keberkatan yang Engkau janjikan, di jalan pernikahan sesuai sunnah Rasul pilihan-Mu, membukakan jalan menuju jannah-Mu. Jika pendampingku telah Engkau tetapkan, gerakan hatinya untuk menujuku , pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju redha-Mu, insyaAllah. Kerana Engkau sajalah yang berhak atas hati hambaMu.....


~Pakar Cinta - www.PakarCinta.com~

~ Indahnya jika bercinta mengikut syariat agama ^^ ~

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
 

Suami berkata kepada isterinya :
~ Jika Syurga adalah BUNGA, saya akan memetiknya untuk kamu..
~ Jika Syurga itu BURUNG, saya akan menangkapnya untuk kamu..
~ Jika Syurga adalah sebuah RUMAH, saya membina untuk kamu..


TETAPI..

Syurga Jannah TIDAK PERNAH DILIHAT dan saya akan BERDOA kepada ALLAH untuk MENEMPAHnya buat kamu..

~ Indahnya jika bercinta mengikut syariat agama ^^ ~
 
 

JAGA HATI, JAGA IMAN :)

jaga hati, jaga iman <3
Kadang2 amat sukar untuk kita ungkapkan perasaan sayang itu kepada seseorang..
Walaupun hati rasa sayang tapi diri ini seakan tidak layak untuk mengimpikan bersama dia..

Kadang2 amat sukar untuk kita tafsir perasaan dia terhadap kita..
Walaupun hati memaksa diri untuk bertanyakan kepada dia..

Kadang2 amat sukar untuk kita bersama dengan orang yang kita suka/ idamkan..
Walaupun diri ini sentiasa ingin bersama dia..

Semuanya telah ditakdirkan.. kita hanya mampu berdoa... doa, doa dan doa.. insyaAllah..
Doa, doa juga, usaha itu perlu ada.....

Wednesday 19 September 2012

KISAH DAKWAH SI ANAK KECIL

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia...
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.
Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh." [Aal 'Imraan 3: 45-46]

KANAK-KANAK PENGUBAT JIWA :)

SERONOK tadi mengajar mereka.. pengalaman yang tak boleh dilupakan : cikgu yg pendiam , bila pelajar2 bising, dia boleh mengejutkan semua orang iaitu dengan jeritannya, sampai semua diam tp buat seketika je.. kih2..


Paling suka time kami semua nyanyi n menari, then kanak2 tuh terkejut dengan respond kita.. kah3, walaupun mereka boleh buat kita tencen/ serabut , tapi mereka lah ubat kita dimana bila bersama kanak2, segala masalah hilang buat seketika :)

Tuesday 18 September 2012

FAKTA PENTING PENYUSUAN BAYI ^^

~Menyusu  bayi akan mempercepatkan wanita mendapatkan kembali bentuk badan asal 

~Mengurangkan risiko kanser ovari dan payu dara
~Antara kaedah merancang keluarga dengan menjarakkan kehamilan (jika penyusuan secara eksklusif selama enam bulan)
~Menjimatkan belanja dan tidak akan ada masalah pembaziran kerana susu hanya dikeluarkan apabila anak menyusu
~Boleh diberi bila-bila masa dan susu ibu sangat steril (bebas kuman)
~Susu ibu berkualiti tinggi tanpa mengira corak pemakanan ibu
~Mengurangkan risiko bayi mendapat demam kuning
~Risiko bayi mengalami masalah cirit-birit juga kurang
~Melancarkan sistem pengkumuhan bayi